Total Pageviews

Saturday, February 19, 2011

Pembukaan 2 Account untuk Dana Badan pengurusan Bersama

Assalamu'alaikum wbt.

Maaflah kalau saya lambat update apa saja info dekat blog Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok E ini... Almaklumlah oleh kerana keterbatasan masa dan kerana kekangan tugas yang sentiasa tidak pernah surut...

Untuk makluman semua penduduk mahupun ahli jawatankuasa JMB yang telah dilantik sebelum ini, beberapa urusan seperti pembukaan account sinking fund dan juga maintenance account telah selamat dilaksanakan di Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Bandar Baru Bangi. Menurut Bendahari kami iaitu Pn. Zawiyah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Ndak telah pun mendapat 2 set buku cheque.

Disini biarlah saya maklumkan sedikit proses bagi membuka Sinking Fund Account dan juga Maintenance Account bagi makluman kepada sesiapa yang bakal berurusan atau bakal menubuhkan JMB kelak. Mudah-mudahan dengan maklumat yang disampaikan ini dapat sedikit sebanyak membantu urusan pentadbiran JMB dikawasan rumah saudara/saudari.

Untuk kami Badan Pengurusan Bersama Blok E, Apartment Seri Cempaka Bangi, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, pihak Majlis Perbadanan Kajang (MPKj) menerusi surat mereka yg dialamatkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan di kirimkan kepada saya selaku pengerusi, JMB Blok E, memaklumkan keperluan bagi kami untuk membuka Kumpulan Wang Penyenggaraan (Maintenance account) dan Kumpulan Wang Penjelas (Sinking fund account) dibawah nama Badan Pengurusan Bersama Blok E, Rumah pangsa Seri Cempaka.

Sehubungan dengan itu, saya telah mengarahkan Mak Ndak (Bendahari JMB) agar mengambil borang pembukaan account semasa bagi kedua-dua account tersebut dan kami telah sepakat untuk membuka account di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Cawangan Bandar Baru Bangi iaitu Bank terdekat dengan perumahan kami sekarang.

Menurut Mak Ndak, satu set borang perlu mendapat tandatangan dari 3 ahli jawatankuasa tertinggi JMB iaitu Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha. Kami telah menyerahkan borang tersebut untuk pembukaan account maintenance dan sinking fund berserta dengan beberapa dokumen seperti, Kad Pengenalan, Minit mesyuarat Pertama Badan Pengurusan Bersama, Surat Perakuan dan pengesahan penubuhan Badan Pengurusan Bersama Blok E, Rumah Pangsa Seri Cempaka yang dikeluarkan oleh MPKj disamping 2 keping cheque yang dikeluarkan oleh PKNS yang menggunakan wang perbendaharaan Bangunan sebanyak RM20,000.00, Buku Undang-undang kecil JMB dan surat permohonan untuk membuka account oleh JMB sendiri.

Alhamdulillah, dengan kecekapan pihak Bendahari dan dengan bantuan semua rakan maka account tersebut telah pun dibuka dan telah mendapat buku cheque dengan 2 nombor account yang berasingan.

Sekian.

Thursday, January 20, 2011

Senarai Terkini Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok E

Senarai Terkini Ahli Jawatankuasa
Badan Pengurusan Bersama (JMB) 2011
Apartment Seri Cempaka, Blok E, Seksyen 16,
Bandar Baru Bangi, Selangor.


Pengerusi :
Shahrizan Bin Hassan (E-02-16)
1. Mempengerusikan mesyuarat² JMB;
2. Memastikan mesyuarat JMB diadakan sekurang²nya 1 sebulan
3. Memastikan mesyuarat tahunan JMB diadakan 2 kali setahun
4. Memastikan & memantau perlaksanaan aktiviti² kemasyarakatan bagi penduduk² setempat mengikut perancangan yang ditetapkan
5. Memastikan laporan aktiviti JMB dikemukakan kepada Pesuruhjaya Bangunan (MPKj) 6 bulan sekali
6. Menjadi perantaraan diantara penduduk dengan COB & agensi² kerajaan yang berkaitan, dan;
7. Lain² tugas dan tanggungjawab yang berkaitan.


Setiausaha :
Syed Heizalmy Syed Azlan (E-3-12)
1. Memanggil mesyuarat JMB seperti diarahkan oleh Pengerusi
2. Mencatat minit mesyuarat dan menyediakan salinan minit untuk makluman dan tindakan ahli-ahli JMB
3. Menyediakan laporan aktiviti JMB
4. Menguruskan surat-menyurat dan pentadbiran am, dan;
5. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang berkaitan

Bendahari :
Zawiyah Kechik (E-1-8)
1. Memantau dan memeriksa perjalanan kontraktor yang dilantik untuk menyediakan dan mengeluarkan bil caj penyelenggaraan kepada pembeli
2. Merekodkan serta menyimpan segala butiran dan dokumen kemasukan dan pengeluaran wang Kumpulan Penyelengaraan Bangunan
3. Menyediakan penyata bulanan/tahunan wang yang dikumpul.
4. Menguruskan pengauditan Kumpulan Penyelenggaraan Bangunan setiap tahun
5. Mengemukakan penyata kewangan kepada JMB, dan;
6. Lain² tugas dan tanggungjawab yang berkaitan.


Biro Jawatankuasa :
1. Menghadiri mesyuarat JMB dengan komited;
2. Mengeluarkan idea yang bernas bagi setiap aktiviti kemasyarakatan dan usaha² penambahbaikan demi faedah penduduk setempat
3. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh pengerusi dengan member kerjasama sepenuhnya dan perkhdimatan yang sempurna agar segala perancangan yang ditetapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya, dan;
4. Menjadi orang perantaraan antara penduduk dan Pengerusi JMB dalam menyalurkan sebarang maklumat dan penerimaan aduan daripada penduduk.


Agama & Sosial :
Harisah Sarimon (E-1-13)
Abdullah Idrus (E-3-4)


Teknikal :
Mohd Ridzuan Abdullah (E-2-12)

Kebajikan & Penyelenggaraan:
Mohd Farizan Baharin (E-2-12)

Sukan & Aktiviti :
Shafarudin Mahmud (E-5-3)

Hubungan Luar & IT :
Adnan Abd Hamid (E-5-12)

Keselamatan :
Mohd Fadzil Mohd Amin (E-1-10)



* Berkuatkuasa mulai 2 Februari 2011

Badan Pengurusan Bersama Blok E ditubuhkan pada Februari 2011 ini

Assalamu'alaikum wbt,

Kepada semua penduduk Blok E, Apartment Seri Cempaka Bangi, pihak PKNS menerusi surat mereka bertarikh 10 November 2010 telah memberikan pengesahan bahawa pihak JMB Blok E akan berkuatkuasa pada 1 Februari 2011 ini.

Justeru itu, pada 20hb Januari 2011 yang lepas saya dan beberapa rakan yang terdiri dari Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha bgai Blok D,C,E dan G telah berkumpul bagi mencari penyelesaian terhadap beberapa isu yang timbul berikutan penubuhan JMB ini.

Antara isu yang diketengahkan,
1. Pembukaan account Kumpulan wang Penjelas (sinking Fund Account) dan juga Maintenance Account yang bakal diterajui oleh En. Jefry selaku Kontraktor yang telah disepakati oleh kesemua Blok utk menjalankan tugas mengutip dan menjalankan pengurusan di Blok itu nanti.

2. Borang daripada pihak TNB mengenai pembukaan account eletrik bagi Badan Pengurusan Bersama Blok E juga diserahkan oleh En. Isa untuk diisi sendiri oleh pihak JMB

3. Keperluan bagi pihak JMB untuk mengeluarkan surat kpd pihak PKNS mengenai tujuan pembukaan account Kumpulan Wang Penjelas dan Maintenance tersebut.

4. Begitu juga surat kebenaran dari pihak PKNS untuk menubuhkan JMB ini dan seterusnya membuat penambahbaikan terhadap masalah dan aduan penduduk disetiap blok.

5. Memohon cheque untuk membuka Sinking Fund A/C sebanyak RM1,000 dan juga account maintenance juga sebanyak Rm1,000 dari pihak PKNS...

Friday, April 3, 2009

Notis Mesyuarat JMB (5/2009)

Notis Mesyuarat

Badan Pengurusan Bersama
Apartment Seri Cempaka, Blok E

3 April 2009

Kepada :

1. En. Syed Heizalmy Syed Azlan E-3-12
2. Pn. Zawiyah Kechik E-1-8
3. Pn. Harisah Sarimon E-1-13
4. En. Mohd Ridzhuan Abdullah E-2-12
5. En. Mohd Farizan Baharin E-2-14
6. En. Shafarudin Mahmud E-5-3
7. En. Abdullah Idrus E-3-4
8. En. Adnan Abd Hamid E-5-12
9. En. Mohd Fadzil Mohd Amin E-1-10

MESYUARAT BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) APARTMENT SERI CEMPAKA, BLOK E (BIL : 5/2009)

Dengan segala hormatnya pihak Tuan / Puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok E yang akan diadakan pada :

Tarikh : 3 April 2009 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Gerai Makan Bersebelahan Pasar Tani

2. Kerjasama daripada pihak Tuan / Puan untuk menghadirkan diri ke mesyuarat ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih, Wassalam.

Yang menjalankan tugas,


.......................................................
( SHAHRIZAN HASSAN )
Pengerusi

Thursday, April 2, 2009

Apakah yang dimaksudkan dgn “JMB”

Apakah yang dimaksudkan dgn “JMB”

Kebanyakan penduduk belum memahami apakah yang dimaksudkan dengan “JMB” yang perlu ditubuhkan. “JMB” ataupun dengan nama penuhnya “Joint Management Body” adalah sebuah badan yang ditubuhkan diperingkat pra sebelum penubuhan Management Corporation. Dengan adanya JMB sekurang-kurangnya ia dapat memberi pendedahan awal kepada Ahli Jawatankuasa untuk mengurus dan menyelenggara bangunan yang diduduki sebelum penubuhan Perbadanan Pengurusan.
Pasa asasnya, penyelenggaraan pangsapuri, rumah bertingkat akan dipertanggungjawab kepada pemilik berdaftar unit-unit di situ.

Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata. Setiap pemaju akan menubuhkan JMB di pangsapuri yang telah dibina oleh mereka sebelum ini bersama-sama dengan penduduk di bangunan terbabit. Dibawah ini saya sediakan sedikit maklumat yang dipetik dari artikel di dalam property magazine.

Apakah yang dimaksudkan dengan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB)?
Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) adalah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.

Kenapa JMB perlu ditubuhkan?

Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan setiap Pemaju untuk menubuhkan JMB sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.
Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?
Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan mulai dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.

Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?

Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Sinking Fund.
Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?

Ahli-ahli JMB atau dikenali juga sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC adalah terdiri dari Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.
Berapa lama tempoh jawatan tersebut?

Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.
Bagaimana Ahli JMC dipilih?

Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.
Siapakah yang layak mengundi?

Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk mengundi.
Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.

Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun layak untuk mengundi?

Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.

Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?
Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.
Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?

Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.

Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC?

Selepas 1 jam sekiranya tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, maka pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.

Wednesday, April 1, 2009

Meeting bersama En. Nuri PKNS

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,

Tadi saya sempat berbual dengan seorang Pegawai PKNS dikenali sebagai En. Nuri (no. talian 016-3451299). Beliau sememangnya orang yang tepat untuk bertanya segalanya tentang Badan Pengurusan Bersama (JMB) kerana beliau telah mempunyai pengalaman mengemudi 3 kawasan kediaman yang diarahkan oleh pihak PKNS utk menubuhkan JMB. Kawasan terbaru adalah di Selayang.

Dikesempatan itu, saya bertanyakan tentang perihal Dana wang yang disediakan oleh pihak PKNS seperti yang dinyatakan sebelum ini didalam mesyuarat mereka yang pertama iaitu pada 1 Mac 2009 yang lalu. Menurut beliau, pihak PKNS mmg mempunyai dana tersebut didalam 2 account, account 1 untuk dana bagi pembayaran premium insurans (yang inilah dikatakan adanya RM20k itu) dan dana ini memerlukan surat bertulis untuk dikeluarkan. Makna kata dana ini tidaklah mudah hendak digunapakai oleh Pengerusi mahupun semua AJK sewenang²nya kerana dikawal ketat oleh pihak PKNS sendiri. Menerusi account 1 ini, segala pembayaran premium insurans, segala perkara yg melibatkan kerosakan bangunan akan digunakan.

Bagi account 2 pula, ini adalah wang yang diperolehi dari hasil kutipan pihak JMB dari semua penduduk blok tersebut menerusi kos penyelenggaraan (maintenance fee) sebanyak RM38.50 (atau yg hendak dikurangkan menjadi RM35 tersebut). Duit dari account ini boleh dikeluarkan atas urusan tertentu seperti penyelenggaraan bangunan, membaiki kerosakan kecil bangunan dan beberapa lagi perkara lain yg berbangkit. Dana dari account ini sentiasa bertambah dan mudah utk dikeluarkan tanpa memerlukan surat bertulis. Namun dari segi account dan pengeluaran, memerlukan resit dan dipantau oleh pihak PKNS.

Justeru itu jelas disini, walaupun JMB ini akan dikelolakan oleh penduduk, namun masih ada perkataan "Pengurusan Bersama" tersebut yang mana urusan pentadbiran dan pengurusan wang dana penduduk masih dikawal selia dan dipantau sepenuhnya oleh pihak PKNS. Justeru itu, seperti kes pelekat kenderaan, en, nuri memaklumkan bahawa jikalau pihak persatuan penduduk membuat surat sekalipun untuk menggunapakai wang dana JMB, maka permohonan mereka akan ditolak kerana dana JMB hanyalah utk bangunan dan bukannyer kemudahan sosial yang disediakan oleh Persatuan Penduduk. Kita perlu jelas dgn perbezaan kedua² entiti ini, persatuan dan JMB.

Mengenai bil maintenance pulak, mmg pihak JMB setiap blok akan keluarkan bil dan resit. Yang ini mmg kerja dan tugas kita sebagai AJK JMB. Dan segala kutipan akan dimasukkan ke dalam account yang telah kita (Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari) tandatangani sewaktu mula² menerima tugas dimesyuarat pertama aritu. Disebabkan itu, segala wang akan disalurkan ke dalam account 2 ini.

Mengenai bilik sebelah TASKA dan pembayaran sewa TASKA pula, en. Nuri mengatakan bahawa pihak PKNS masih mempunyai kuasa dibilik tersebut. Namun beliau ada menjelaskan bahawa setiap blok nanti akan diadakan bilik mesyuarat (pihak PKNS akan buat tetapi bila, beliau tak pasti). Dan setiap blok akan ada bilik JMB mereka sendiri seperti di Blok C sekarang ini. Dan pembayaran sewa TASKA akan masuk ke dlm account 2 blok E dan ini sememangnya akan menjadi dana baru selain kos maintenance tadi.

Selebihnya beliau meminta saya berjumpa dengan beliau, dan saya memaklumkan bahawa minggu depan (antara tarikh 11-19 Mac) sy akan meminta semua AJK akan berjumpa beliau untuk sebarang pertanyaan. Beliau juga ada memaklumkan bahawa Pak Ayob pengerusi blok C ada berjumpa beliau bersama AJK utk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai JMB ini. DIsebabkan itu kita perlu segera berjumpa beliau untuk mengurangkan kekusutan difikiran kita.

Sekian, sahaja. Wassalam.

Isu Pelekat Kenderaan Kelolaan Persatuan Penduduk

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,

Semalam dan hari ini saya menerima banyak panggilan dari nombor telefon yang saya tak kenal. Rupanya mereka bertanyakan kepada saya tentang pelekat kenderaan yang hendak digunapakai tak lama lagi dikediaman Apartment Seri Cempaka Bangi ini.

Sebenarnya, saya tidak berapa setuju dengan tindakan Persatuan Penduduk mengarahkan kepada semua penduduk Blok agar membeli (register) untuk mendapatkan pelekat kenderaan masing². Semua penduduk masih belum melihat pagar dan security guard yang hendak dibuat dipintu masuk utama kawasan Apartment Seri Cempaka ini... Disebabkan itu untuk apa diadakan pelekat tersebut dahulu?.

Bila bercakap dengan pengerusi Persatuan Penduduk yang lebih dikenali sebagai Pak Din, beliau mengatakan kepada saya bahawa Persatuan Penduduk akan menggunakan "dana" dari pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk membuat pagar dan memasang security. Masalahnya sekarang ini, adakah pihak JMB benar² mempunyai dana yg dikatakan sehingga mencapai RM2000.00?

Dana ini masih belum kelihatan dan saya mendengar sendiri kenyataan dari seorang AJK sebuah apartment yg lain yg mengatakan bahawa PKNS sememangnya tidak memberikan mereka sebarang dana untuk menjalankan tugas sebagai Badan Pengurusan Penduduk. Justeru itu, dana apakah yg hendak Persatuan Penduduk harapkan untuk memasang pagar dan security.

Disamping En. Sabri Setiausaha persatuan penduduk ada menghubungi saya untuk menyerahkan sticker kenderaan yang dimaksudkan kepada saya baru² ini. Bila saya tanya bila pula persatuan penduduk akan membuat pagar dan security tersebut. Beliau menjawab ianya bergantung pada dana dari JMB.

Dan dia kata dana tersebut adalah dari collection duit maintenance permulaan yang dicollect oleh JMB bila selesai proses peralihan tugas mentadbir Blok dari PKNS. Sekali lagi persatuan penduduk ini seakan tidak peka dan tidak paham kenapa sampai perlukan dana JMB untuk urusan yang mereka sendiri rancangkan?... Jikalau JMB tak wujud apa citer?!

Saya dan kesemua AJK JMB Blok E sepakat mengatakan bahawa tidak perlu dan tidak sepatutnyer diadakan dahulu sebarang bentuk pembayaran untuk mendapatkan pelekat kenderaan ini. Dan siap pagar dan security barulah dimulakan bayaran. Namun mungkin ramai yg tak tahu bahawa untuk menyaipkan sticker memerlukan kos dan kos tersebut telah terlebih dahulu ditanggung oleh org dari Persatuan Penduduk. Beliau dah tentulah mahukan pulangan semula diatas pembiayaan peribadi yg telah dikeluarkan untuk membuat sticker tersebut.

Akhirulkalam, saya akan cuba mengemukakan usul agar pihak persatuan mengadakan satu mesyuarat dimana tangguhkan dulu pemakaian pelekat kenderaan ini dan kemudian usahakan dulu mencari modal untuk membina pagar dan security seperti yang di war-warkan sebelum ini. Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan berhemah.

Sekian, wassalam.