Total Pageviews

Saturday, February 19, 2011

Pembukaan 2 Account untuk Dana Badan pengurusan Bersama

Assalamu'alaikum wbt.

Maaflah kalau saya lambat update apa saja info dekat blog Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok E ini... Almaklumlah oleh kerana keterbatasan masa dan kerana kekangan tugas yang sentiasa tidak pernah surut...

Untuk makluman semua penduduk mahupun ahli jawatankuasa JMB yang telah dilantik sebelum ini, beberapa urusan seperti pembukaan account sinking fund dan juga maintenance account telah selamat dilaksanakan di Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Bandar Baru Bangi. Menurut Bendahari kami iaitu Pn. Zawiyah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Ndak telah pun mendapat 2 set buku cheque.

Disini biarlah saya maklumkan sedikit proses bagi membuka Sinking Fund Account dan juga Maintenance Account bagi makluman kepada sesiapa yang bakal berurusan atau bakal menubuhkan JMB kelak. Mudah-mudahan dengan maklumat yang disampaikan ini dapat sedikit sebanyak membantu urusan pentadbiran JMB dikawasan rumah saudara/saudari.

Untuk kami Badan Pengurusan Bersama Blok E, Apartment Seri Cempaka Bangi, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, pihak Majlis Perbadanan Kajang (MPKj) menerusi surat mereka yg dialamatkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan di kirimkan kepada saya selaku pengerusi, JMB Blok E, memaklumkan keperluan bagi kami untuk membuka Kumpulan Wang Penyenggaraan (Maintenance account) dan Kumpulan Wang Penjelas (Sinking fund account) dibawah nama Badan Pengurusan Bersama Blok E, Rumah pangsa Seri Cempaka.

Sehubungan dengan itu, saya telah mengarahkan Mak Ndak (Bendahari JMB) agar mengambil borang pembukaan account semasa bagi kedua-dua account tersebut dan kami telah sepakat untuk membuka account di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Cawangan Bandar Baru Bangi iaitu Bank terdekat dengan perumahan kami sekarang.

Menurut Mak Ndak, satu set borang perlu mendapat tandatangan dari 3 ahli jawatankuasa tertinggi JMB iaitu Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha. Kami telah menyerahkan borang tersebut untuk pembukaan account maintenance dan sinking fund berserta dengan beberapa dokumen seperti, Kad Pengenalan, Minit mesyuarat Pertama Badan Pengurusan Bersama, Surat Perakuan dan pengesahan penubuhan Badan Pengurusan Bersama Blok E, Rumah Pangsa Seri Cempaka yang dikeluarkan oleh MPKj disamping 2 keping cheque yang dikeluarkan oleh PKNS yang menggunakan wang perbendaharaan Bangunan sebanyak RM20,000.00, Buku Undang-undang kecil JMB dan surat permohonan untuk membuka account oleh JMB sendiri.

Alhamdulillah, dengan kecekapan pihak Bendahari dan dengan bantuan semua rakan maka account tersebut telah pun dibuka dan telah mendapat buku cheque dengan 2 nombor account yang berasingan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment