Total Pageviews

Thursday, January 20, 2011

Badan Pengurusan Bersama Blok E ditubuhkan pada Februari 2011 ini

Assalamu'alaikum wbt,

Kepada semua penduduk Blok E, Apartment Seri Cempaka Bangi, pihak PKNS menerusi surat mereka bertarikh 10 November 2010 telah memberikan pengesahan bahawa pihak JMB Blok E akan berkuatkuasa pada 1 Februari 2011 ini.

Justeru itu, pada 20hb Januari 2011 yang lepas saya dan beberapa rakan yang terdiri dari Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha bgai Blok D,C,E dan G telah berkumpul bagi mencari penyelesaian terhadap beberapa isu yang timbul berikutan penubuhan JMB ini.

Antara isu yang diketengahkan,
1. Pembukaan account Kumpulan wang Penjelas (sinking Fund Account) dan juga Maintenance Account yang bakal diterajui oleh En. Jefry selaku Kontraktor yang telah disepakati oleh kesemua Blok utk menjalankan tugas mengutip dan menjalankan pengurusan di Blok itu nanti.

2. Borang daripada pihak TNB mengenai pembukaan account eletrik bagi Badan Pengurusan Bersama Blok E juga diserahkan oleh En. Isa untuk diisi sendiri oleh pihak JMB

3. Keperluan bagi pihak JMB untuk mengeluarkan surat kpd pihak PKNS mengenai tujuan pembukaan account Kumpulan Wang Penjelas dan Maintenance tersebut.

4. Begitu juga surat kebenaran dari pihak PKNS untuk menubuhkan JMB ini dan seterusnya membuat penambahbaikan terhadap masalah dan aduan penduduk disetiap blok.

5. Memohon cheque untuk membuka Sinking Fund A/C sebanyak RM1,000 dan juga account maintenance juga sebanyak Rm1,000 dari pihak PKNS...

No comments:

Post a Comment