Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,
Semalam dan hari ini saya menerima banyak panggilan dari nombor telefon yang saya tak kenal. Rupanya mereka bertanyakan kepada saya tentang pelekat kenderaan yang hendak digunapakai tak lama lagi dikediaman Apartment Seri Cempaka Bangi ini.
Sebenarnya, saya tidak berapa setuju dengan tindakan Persatuan Penduduk mengarahkan kepada semua penduduk Blok agar membeli (register) untuk mendapatkan pelekat kenderaan masing². Semua penduduk masih belum melihat pagar dan security guard yang hendak dibuat dipintu masuk utama kawasan Apartment Seri Cempaka ini... Disebabkan itu untuk apa diadakan pelekat tersebut dahulu?.
Bila bercakap dengan pengerusi Persatuan Penduduk yang lebih dikenali sebagai Pak Din, beliau mengatakan kepada saya bahawa Persatuan Penduduk akan menggunakan "dana" dari pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk membuat pagar dan memasang security. Masalahnya sekarang ini, adakah pihak JMB benar² mempunyai dana yg dikatakan sehingga mencapai RM2000.00?
Dana ini masih belum kelihatan dan saya mendengar sendiri kenyataan dari seorang AJK sebuah apartment yg lain yg mengatakan bahawa PKNS sememangnya tidak memberikan mereka sebarang dana untuk menjalankan tugas sebagai Badan Pengurusan Penduduk. Justeru itu, dana apakah yg hendak Persatuan Penduduk harapkan untuk memasang pagar dan security.
Disamping En. Sabri Setiausaha persatuan penduduk ada menghubungi saya untuk menyerahkan sticker kenderaan yang dimaksudkan kepada saya baru² ini. Bila saya tanya bila pula persatuan penduduk akan membuat pagar dan security tersebut. Beliau menjawab ianya bergantung pada dana dari JMB.
Dan dia kata dana tersebut adalah dari collection duit maintenance permulaan yang dicollect oleh JMB bila selesai proses peralihan tugas mentadbir Blok dari PKNS. Sekali lagi persatuan penduduk ini seakan tidak peka dan tidak paham kenapa sampai perlukan dana JMB untuk urusan yang mereka sendiri rancangkan?... Jikalau JMB tak wujud apa citer?!
Saya dan kesemua AJK JMB Blok E sepakat mengatakan bahawa tidak perlu dan tidak sepatutnyer diadakan dahulu sebarang bentuk pembayaran untuk mendapatkan pelekat kenderaan ini. Dan siap pagar dan security barulah dimulakan bayaran. Namun mungkin ramai yg tak tahu bahawa untuk menyaipkan sticker memerlukan kos dan kos tersebut telah terlebih dahulu ditanggung oleh org dari Persatuan Penduduk. Beliau dah tentulah mahukan pulangan semula diatas pembiayaan peribadi yg telah dikeluarkan untuk membuat sticker tersebut.
Akhirulkalam, saya akan cuba mengemukakan usul agar pihak persatuan mengadakan satu mesyuarat dimana tangguhkan dulu pemakaian pelekat kenderaan ini dan kemudian usahakan dulu mencari modal untuk membina pagar dan security seperti yang di war-warkan sebelum ini. Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan berhemah.
Sekian, wassalam.
As-salam Pengerusi JMB Blok E,statement utk dana pagar dan security itu utk keperluan bersama jika support dari pengurusan blok macamana plak nak membayar gaji pengawal,semua ini telah dirancang awalnya tapi sokongan padu tiada .KIranya ada pihak x bersetuju maka inilah jadinya sehingga ke hari ini.Boleh tengok sendiri jenayah,kecurian,pembuang sampah sesuka hati dan kawalan kenderaan keluarmasuk tidak dipantau.Fikir2kan bersama.
ReplyDeleteSaya rasa mungkin semua x tahu JMB BLOK E ada blog sendiri TAHNIAH....tapi jangan suka komen mengenai badan pengurusan lain.Mungkin orng lain terbaca statement itu tapi berhati2 ketika mengeluarkan kenyataan.Perkembangan semasa saya selalu lihat walaupun seperti katak bawah tempurung tapi inilah hakikatnya bila ramai yang manjadi intelektual,suka menuding jari.
ReplyDelete