Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera,
Tadi saya sempat berbual dengan seorang Pegawai PKNS dikenali sebagai En. Nuri (no. talian 016-3451299). Beliau sememangnya orang yang tepat untuk bertanya segalanya tentang Badan Pengurusan Bersama (JMB) kerana beliau telah mempunyai pengalaman mengemudi 3 kawasan kediaman yang diarahkan oleh pihak PKNS utk menubuhkan JMB. Kawasan terbaru adalah di Selayang.
Dikesempatan itu, saya bertanyakan tentang perihal Dana wang yang disediakan oleh pihak PKNS seperti yang dinyatakan sebelum ini didalam mesyuarat mereka yang pertama iaitu pada 1 Mac 2009 yang lalu. Menurut beliau, pihak PKNS mmg mempunyai dana tersebut didalam 2 account, account 1 untuk dana bagi pembayaran premium insurans (yang inilah dikatakan adanya RM20k itu) dan dana ini memerlukan surat bertulis untuk dikeluarkan. Makna kata dana ini tidaklah mudah hendak digunapakai oleh Pengerusi mahupun semua AJK sewenang²nya kerana dikawal ketat oleh pihak PKNS sendiri. Menerusi account 1 ini, segala pembayaran premium insurans, segala perkara yg melibatkan kerosakan bangunan akan digunakan.
Bagi account 2 pula, ini adalah wang yang diperolehi dari hasil kutipan pihak JMB dari semua penduduk blok tersebut menerusi kos penyelenggaraan (maintenance fee) sebanyak RM38.50 (atau yg hendak dikurangkan menjadi RM35 tersebut). Duit dari account ini boleh dikeluarkan atas urusan tertentu seperti penyelenggaraan bangunan, membaiki kerosakan kecil bangunan dan beberapa lagi perkara lain yg berbangkit. Dana dari account ini sentiasa bertambah dan mudah utk dikeluarkan tanpa memerlukan surat bertulis. Namun dari segi account dan pengeluaran, memerlukan resit dan dipantau oleh pihak PKNS.
Justeru itu jelas disini, walaupun JMB ini akan dikelolakan oleh penduduk, namun masih ada perkataan "Pengurusan Bersama" tersebut yang mana urusan pentadbiran dan pengurusan wang dana penduduk masih dikawal selia dan dipantau sepenuhnya oleh pihak PKNS. Justeru itu, seperti kes pelekat kenderaan, en, nuri memaklumkan bahawa jikalau pihak persatuan penduduk membuat surat sekalipun untuk menggunapakai wang dana JMB, maka permohonan mereka akan ditolak kerana dana JMB hanyalah utk bangunan dan bukannyer kemudahan sosial yang disediakan oleh Persatuan Penduduk. Kita perlu jelas dgn perbezaan kedua² entiti ini, persatuan dan JMB.
Mengenai bil maintenance pulak, mmg pihak JMB setiap blok akan keluarkan bil dan resit. Yang ini mmg kerja dan tugas kita sebagai AJK JMB. Dan segala kutipan akan dimasukkan ke dalam account yang telah kita (Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari) tandatangani sewaktu mula² menerima tugas dimesyuarat pertama aritu. Disebabkan itu, segala wang akan disalurkan ke dalam account 2 ini.
Mengenai bilik sebelah TASKA dan pembayaran sewa TASKA pula, en. Nuri mengatakan bahawa pihak PKNS masih mempunyai kuasa dibilik tersebut. Namun beliau ada menjelaskan bahawa setiap blok nanti akan diadakan bilik mesyuarat (pihak PKNS akan buat tetapi bila, beliau tak pasti). Dan setiap blok akan ada bilik JMB mereka sendiri seperti di Blok C sekarang ini. Dan pembayaran sewa TASKA akan masuk ke dlm account 2 blok E dan ini sememangnya akan menjadi dana baru selain kos maintenance tadi.
Selebihnya beliau meminta saya berjumpa dengan beliau, dan saya memaklumkan bahawa minggu depan (antara tarikh 11-19 Mac) sy akan meminta semua AJK akan berjumpa beliau untuk sebarang pertanyaan. Beliau juga ada memaklumkan bahawa Pak Ayob pengerusi blok C ada berjumpa beliau bersama AJK utk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai JMB ini. DIsebabkan itu kita perlu segera berjumpa beliau untuk mengurangkan kekusutan difikiran kita.
Sekian, sahaja. Wassalam.
No comments:
Post a Comment