Total Pageviews

Tuesday, March 31, 2009

Proses Pengambilalihan Jun Depan...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semua,

Difahamkan untuk permulaan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bergerak adalah bermula dengan modal ataupun dana sebanyak RM0.00 (kosong-zero!).

Pihak PKNS sememangnya tidak mempunyai banyak modal untuk diberikan kepada pihak JMB setiap Blok bagi memulakan proses pengambilalihan ini.

Hal ini telah disahkan oleh saudara Sharom yang merupakan salah seorang AJK bagi apartment yang telah memulakan proses pengambilalihan tugas JMB dari pihak PKNS.

Justeru itu, saya selaku pengerusi JMB Blok E, akan cuba merangka pelan bagi memastikan tidak akan berlaku apa² masalah selepas pihak PKNS menyerahkan tugas mentadbir dan menentukan kadar maintenance kepada penduduk setempat.

Antara pelan yg telah saya rancangkan bersama Setiausaha saya, kita akan endorsed semula perkara ini didalam meeting AJK yang akan datang iaitu:

1. Proses menyediakan Bil Maintenance termasuk resit dan bil rasmi JMB Blok E.

2. Proses kutipan bayaran maintenance fee yang pertama iaitu dijangka bulan Jun nanti akan dibuat secara menyeluruh dan semua penghuni samada yg memiliki dan menyewa rumah akan diarahkan membayar cost maintenance tersebut untuk memenuhkan dana JMB Blok E.

3. Account bagi semua bayaran yang diterima oleh penduduk akan dibuat didalam account bersama yang akan diuruskan kemudian.

4. Proses menentukan berapa cost maintenance fee akan dibincangkan kemudian.

5. House Rules (Undang-undang kecil) bagi Blok E akan dibincangkan dan antara yang mahu dibuat adalah:
a. Selepas jam 10 mlm tidak dibenarkan sesiapa membuat bising
b. Kebersihan diluar kawasan koridor adalah tugas setiap rumah
c. Tidak dibenarkan membela binatang peliharaan/beri makan etc
d. Tidak dibenarkan membawa pasangan yg belum berkahwin
e. Tidak dibenarkan membuang sampah dimerata² tempat

6. Akan cuba mendapatkan hak penjagaan dan pengawasan bilik disebelah TASKA untuk dijadikan pusat operasi/Bilik Mesyuarat JMB Blok E dan disitu juga akan diadakan pusat Pengajian Al-Qur'an utk tujuan mendapatkan lebih dana untuk JMB Blok E.

7. Isu pelekat kenderaan Persatuan Penduduk, pihak JMB Blok E ingin memaklumkan bahawa tidak akan berkerjasama untuk membantu pihak persatuan penduduk bagi mendapatkan yuran dan bayaran bulanan bagi pelekat kenderaan mereka. Hal ini diserahkan kpd mereka sendiri dan pandai²lah mereka meminta dari semua penduduk blok E untuk menjelaskan pembayaran mereka.

...akan diupdate kemudian

Monday, March 30, 2009

Kata-Kata Aluan Pengerusi JMB Blok E, Apartment Seri Cempaka, Bangi

Badan Pengurusan Bersama (JMB) telah ditubuhkan pada 1 Mac 2009.

• Pada tarikh itu juga mesyuarat pertama diadakan di Kediaman Apartment Seri Cempaka Blok C

• Didaftarkan Pesuruhjaya Bangunan PKNS pada 24 April 2008.

• JMB diperkenalkan bagi melindungi kepentingan pemilik rumah daripada diekspoloitasi oleh pemaju yang mempunyai kepentingan tertentu.

• Ini selaras dengan akta yang dinamakan Act663 Building And Common Property Maintenance Management 2007.

• AJK JMB Blok E terdiri daripada 10 orang penduduk yang dilantik secara undian:

1. Shahrizan Hassan (Pengerusi)

2. Syed Heizalmy Syed Azlan (Setiausaha)

3. Zawiyah Kechik (Bendahari)

4. Mohd Ridzhuan Abdullah (AJK)

5. Harisah Sarimon (AJK)

6. Mohd Farizan Baharin (AJK)

7. Mohd Fadzil Mohd Amin (AJK)

8. Adnan Abd Hamid (AJK)

9. Shafarudin Mahmud (AJK)

10. Abdullah Idrus (AJK)


Portfolio AJK:

1. Kewangan
• Akaun Penyenggaraan Bangunan (Maintenance Fee)
• Akaun Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)

AJK

2. Keselamatan
• Pengawal Keselamatan
• Pintu Keluar Masuk Utama
• Pintu Belakang
• Pagar Kawasan

AJK

3. Utiliti / Asas
• Bekalan Air / Tangki Air
• Bekalan Elektrik
• Telekomunikasi
• Lif Bangunan

AJK

4. Kemudahan / Infrastrktur
• Jalan / Tempat Letak Kereta
• Taman Permainan Kanak-kanak
• Lampu Jalan

AJK

5. Kebersihan / Kesihatan

• Landskap / Penanaman Pokok
• Khidmat Pembersihan
• Pengurusan Sampah

AJK

6. Bangunan
• Insurans Bangunan
• Dinding Luaran / Bumbung
• Komponen Bangunan

AJK

Maklumat Terkini Akan Diupdate Dari Semasa Ke Semasa...